Saturday 29 July 2017

Pangeran Muda Hashim

Pada abad ke 19, sebahagian daripada wilayah Sarawak berada di bawah kuasa Kesultanan Brunei pada masa itu. Namun begitu, James Brooke, seorang rakyat British dan pedagang persendirian telah berjaya menguasai Sarawak selepas membantu Pangeran Muda Hashim, wakil Sultan Brunei menghapuskan pemberontakan oleh penduduk tempatan. Mengikut perjanjian, Sarawak akan diserahkan kepada Brooke jika beliau berjaya menghapuskan pemberontakan tersebut. Brooke kemudiannya berjaya menewaskan pemberontakan tersebut. Akan tetapi, Pangeran Muda Hashim telah mengingkari janjinya. Akibat tidak berpuas hati, Brooke telah berjumpa dengan Sultan Brunei dengan membawa bersama kapal perang dan senjata untuk mempamerkan kekuatannya. Akibat bimbang dengan kekuatan yang dimiliki oleh Brooke, Sultan Brunei akhirnya bersetuju menyerahkan Sarawak kepada James Brooke. James Brooke memakai gelaran Gabenor Sarawak dan memerintah secara dinasti. Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama 100 tahun iaitu dari tahun 1841 hingga 1941.